// Hihi. Misel tulis blog pasal aku sebab dia obses sama aku.
Blog respons kepada Enchik Atiq

when we ran out of ideas
http://dygatiqah.blogspot.com/2008/06/pengakuan.html
Beliau sebenarnya bukan seorang penjijik seperti yang diakui oleh beliau tanpa segan silu. Ini kerana pada study week semester ketiga kami dahulu, saya sebagai orang yang bertuah kerana memiliki bilik seorang diri tanpa adanya roomate (yes, I have the room on my own for 1 sem) telah diugut untuk mengajak Enchik Atiq bermalam untuk beberapa malam di bilik saya yang strategik.
Sepanjang penempatan beliau di bilik saya itu bersama seorang lagi member seludup saya bernama Enchik Leha, (sungguh hensem nama ini) Enchik Atiq telah menjalankan kehidupan dengan bersih dan kurang jijik seperti di bilik beliau sendiri. Fenomena ini berlaku kerana saya telah memaksa beliau untuk menurut titah saya jika ingin lama tidur bersama saya. Ohya, beliau tidur di atas katil saya. Kami tak tidur bersama-sama jika ada dua katil yang kosong.
Antara 7 perkara yang langung tidak jijik Enchik Atiq lakukan semasa menjadi roomate sementara saya adalah:
1. Beliau mandi sekurang-kurangnya satu kali sehari atas bimbingan rakan sebaya dan kalau tak silap waktu tu puasa jadi secara automatik kalau nak turun cafe mestilah mandi dahulu walaupun orang tak tahu. Beliau juga ada mandi 2 kali sehari atau 3 kali sehari mengikut suhu persekitaran masa itu.
2. Beliau tidak pernah meninggalkan baju kecil mahupun sederhana kecil ataupun besar di atas katil, atas lantai, dalam lubang tandas, tepi jendela, atas kepala saya dan lain-lain. Katil beliau senantiasa bersih kerana cadar tilam beliau warna hitam, maka saya tidak dapat memantau tahap kebersihan kawasan beliau. Lagipun, katil si Atiq di atas (double-decker) jadi dia kemalasan la membaling-baling barang ke atas.
3. Beliau mencuci pakaian setiap hari seperti yang saya arahkan kerana jika perbuatan itu tidak diikuti maka saya dengan sewenang-wenangnya akan memulaukan beliau dari bilik saya. Beliau guna sabun Biozip dan bukannya guna air sahaja.
4. Selain itu, beliau juga masih berkebolehan mencuci pinggan mangkuk dan cangkir beliau selepas minum susu Nespray saya ataupun brand minuman yang lain saya tak dapat ingat la. Beliau tidak pernah pula menjadikan barang-barang dapur sebagai tempat membuang sampah ataupun untuk menyiram bunga.
5. Beliau selalunya melihat refleksi diri di dalam cermin saya yang besar saiznya agar tidak terdapat taik mata, taik idom, taik burung dan segala jenis sisa toksik pada muka dan badan beliau. Sesungguhnya, appearance is her first emphasis.
6. Beliau selalu polish kamera D40X beliau dan perbuatan ini telah menunjukkan sahsiah sebenar beliau yang tidak jijik itu. Nombor 6 ini ada unsur penipuan sedikit sebab saya perlu tulis 7 ciri-ciri tidak jijik beliau.
7. Last but not least, beliau pernah menegur saya dan Enchik Leha untuk pergi mandi pada waktu senja supaya kami semua wangi-wangi belaka sebelum makan. Ternyata sekali beliau sedar beliau adalah orang yang pembersih dan tidak segan untuk berkongsi sikap bersih beliau bersama kami.
Kepada yang tersinggung ataupun yang termuntah selepas ini seperti yang dinyatakan oleh Atiq, diharap kalian sedar bahawa blog is not all about yourself. That's why I'm writing this down and it shows that I put much concern on personal hygiene or my friends' hygiene. =)
Sememangnya kami semua adalah pembersih dan tidak ada yang jijik. Saya akan menubuhkan sebuah organisasi underground yang bersifat radikal dan anti-ceridak (ataupun jijik) untuk memastikan kebersihan alam sekitar dan keamanan dunia.
Sekian, terima kasih.






