Jeffry Jambek

Awal pagi tadi genap jam 0634, ketika aku sedang mahu minum susu kambing, aku terserempak dengan Jeffry Jambek di dapur.
Dia kelihatan resah, aktif, namun bahagia ditenggelami kacang-kacang tanah dan buah betik.

Jadi pada pagi ini, tidak seperti pagi-pagi lain, aku tidak keseorangan.
Aku ditemani Jeffry Jambek untuk sarapan pagi hari ini.
Kami saling bertentangan mata walaupun aku rasa aku tidak nampak di mana mata dia.

Kemudian, aku cepat-cepat membawa tiga biji beg dan kunci kereta bersedia ke universiti.

Hari ini tiada kelas. Maka aku pulang ke rumah genap jam 1400.
Ingatkan mahu buat kerja, tapi aku tido terkangkang dan ternganga sampai jam 1600.
Sampai sahaja aku di rumah, Jeffry Jambek masih lagi di tempat asalnya.

Kewujudan Jeffry Jambek di dapur kami menimbulkan banyak kontroversial, jadi dia telah dipindahkan ke luar berdekatan dengan sebuah kolam ikan tapi banyak katak di luar dapur kami.
Maka sudah kurang bilangan makhluk Tuhan di dalam rumah kami.
Maka, tinggal lah Jeffry Jambek keseorangan di luar rumah di tepi kolam ikan tapi banyak katak.

Genap jam 1800, sedang aku mahu keluar mengambil Mariam di tepi jalan, aku terserempak dengan Jeffry Jambek.
Namun, Jeffry Jambek telah melakukan kesilapan besar di dalam hidup dia lantas dia terjatuh ke dalam kolam ikan tapi banyak katak itu.
Aku terus paniki dan menjerit, "Jeffry gugok dalam kolam ikan!"
Semua orang dan panda juga panik.
Lalu aku mengambil payung untuk menyelamatkan Jeffry Jambek.

Nasib baik aku kachak dan tegap.
Maka aku sempat menyelamatkan Jeffry Jambek.
Pada mulanya, dia kelihatan layu dan seperti separa jeli.
Aku mula risau.
Takut-takut dia sudah menemui ajal.
Namun atas usaha CPR kami yang tidak berkesan, Jeffry Jambek telah hidup kembali dan mampu merangkak dan mendaki gunung.

Rupa-rupanya, Jeffry Jambek telah disengajakan diletakkan di tepi kolam ikan tapi banyak katak itu agar atas sebab yang tidak diketahui, dia akan terjatuh dan mati lemas di kolam ikan tapi banyak katak itu.
Tapi aku tidak sanggup untuk buat-buat tidak nampak Jeffry Jambek telah jatuh ke dalam kolam tadi dan membiarkan dia mati lemas.

Maka sekarang, Jefrry Jambek sedang menanti ajal menunggu dia mati secara semula jadi di luar sana seperti ermmm (macam kejam ja kalau aku mahu dia mati macam tu) agar tidak ada satu orang pun di dalam rumah ini perlu menanggung dosa membunuhnya.

Entri ini khas untuk Jeffry Jambek.

Wassalam.

2 caci maki di dunia: